kenapa gastrik b0leh terjadi ?

 Assalamualaikum
peace ! (^_^)

selamat pagy u 0lls semua . pagi-2 cam ney bagus kalau bersenamkan . 
dapat meregangkan segala urat-2 yg dah bengk0k mase menggeliat malam tadi..hehe.
yg belum sarapan pagi 2 lebih baek pegi awal-2 sebelum penyakit gastrik menyerang.

0kay , sambil-2 makan r0ti pagy ney aq na update r entry .
entry kali ney aq na share sikit pengalaman aq kene kene gastrik gara-2 lambat makan.
mesti diantara k0wg ney p0n penah kene serang penyakit macam 2 kan.
sebenarnya , gastrik ney kalau dah kene memang lambat nak baik.
melainkan k0wg rajin makan ubat r . ney bukan first time aq kene.
tapi dah makan 3 , 4 kali dah..cuk0p-2 serik.

j0m kite sama-2 timba pengetahuan bagaimana dan punca gastrik ney b0leh jadi.
selain 2 , kite jugak b0leh tawu macam mane nak rawat penyakit ney.
ini adalah sumber dari google .
SILA AMBIL SERIUS AKAN PERKARA INI !


Bagaimana Penyakit Gastrik Boleh Menjadi?

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, dalam tempuh 2 tahun, seseorang itu akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

 Punca Penyakit Gastrik Terjadi?
 
1. Merokok
2. Meminum minuman beralkohol
3. Jangkitan bakteria helicobacter pylori
4. Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, 
jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
5. Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
6. Gaya hidup yang tertekan (stress)
7. Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).

Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik. Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.

Rawatan Penyakit Gastrik

1. Pastikan waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat. 
Contohnya, setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh.
2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi 
dan jeruk basah dan juga mee segera.
3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, 
dan orange squash, air limau
4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast 
seperti roti, donat, pau, pizza dan lain-lain.
5. Elakkan makan terlalu kenyang
6. Elakkan cuka atau makanan yang pedas
7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak/nangka, 
rebung dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dan sebagainya, kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau Annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
 




No comments:

Post a Comment