geledah wal hal n0vel paling melet0p..kebab0m !

 
 
 hye semua , selamat siang ya pak n ibu sekalian..sihat enggak ya kalian ?
entry hary ney pasal n0vel baru Aisya Sofea bertajuk Uda & Dara..
k0wg rase best x ? ha , aq xsempat lagy nak bace c0z keadaan xmengizinkn.
s0 , dekat sini aq juz dapat share sikit pasal sin0psis dye
sekurang-2 kite tawu sikit-2 pasal jalan cerita dye kan. k0wg cube usha dulu c0ver dye.
 
 
Aisya Sofea, one of the Golden Writers yang jugak antara novelis paling popular keluarkan novel baru untuk bulan Julai 2011 ni. Novel sebelum ni Masih Setia pun best, not bad! Adakah penangan novel Aisya Sofea yang terbaru ni akan sehebat novel Adam Dan Hawa yang akan diadaptasi ke drama tak lama lagi? Jom baca sinopsis novel terbaru Aisya Sofea, Uda Dan Dara.
 

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Ok, front cover sangat feminin but still cute. Novel ni setebal 560 pages and berharga RM 22.00 sahaja. Perlu dapatkan untuk melihat dan membaca gaya tulisan Aisya Sofea yang menarik dan bersahaja.
 
 


2 comments: