petua kecantikan turun temurun

Assalamualaikum
salam ceria 2 all bl0gger
sekmen kali ney pasal petua-2 kecantikan kaum hawa
haiyaa , mesti ramai yg na twu kan pasal benda 
yang melibatkan s0al kecantikan xkire ape p0n
at bwh ney ade beberapa petua yg azie sediakan..
sebelum baca 2 kasi senyum 1 kali yaa :)


Menghaluskan Kulit

- Buah tomato dikisar halus.
- Lumurkan pada muka seberapa ketika.
- Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.
- Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.
- Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Kulit Cerah dan Licin

- Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua
- Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
- Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Mengempiskan Perut (1)

- Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
- Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
- Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Mengempiskan Perut (2)

- Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
- Embunkan semalaman.
- Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit

-Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
-Minum air setelah selesai makan
-Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.
-Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Menghilangkan Parut di Kulit

- Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat
- Campurkan serbuk ini dengan sedikit air
- Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk
- Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut
- Lakukan sekerap yg mungkin
- Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.
- Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Menghilangkan Jerawat

- Campur bedak sejuk dan asam jawa.
- Selawat pada Nabi 3 kali.
- Sapukan di muka dan di tempat jerawat
- Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
Memerahkan bibir

- Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur.
- Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit

- Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.
- Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam.
- Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.
p/s : sebarang kesilapan adalah tanggungjwb anda , azie juz berk0ngsi sahaja. selamat mencuba yea kawan-2





No comments:

Post a Comment